~hlovate's hikayat~

~HLOVATE~

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can’t forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy

c/o Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You’re losing your head
Don’t want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist

c/o

The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart

   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

~BLOG TROTTER~

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~



creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end|
rooftop rant

"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."


anthem

"...saya dalam gelap...
...dan salah siapa kalau saya tak nampak?...
...kenapa orang keliling hanya pandai bising...
...tapi tak pandai menghulur tangan?..."


VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."

versus[PartI]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|end|

versus[PartII]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|14|15|16|end|

versus[PartIII]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|14|15|finale|


Ked's Story
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|
10|11|12|13|14|15|16|17|finale|
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|finale~i|
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|14|15|end|
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]PartI
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|end|

GT_i[i'm outta teens]PartII
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|end|

GT_i[i'm outta teens]PartIII
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|end|

GT_i[i'm outta teens]PartIV
|1|2|3|4|5|6|finale|

GT_i[V]
|prologue|1|2|3|4|5|6|7|8|9

".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."

5tahun5bulan[PartI]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|end|

5tahun5bulan[PartII]
|1||2|3|4|5|6|7|8|9|10|
11|12|13|14|15|16|17|18|end|

5tahun5bulan[PartIII]
|1||2||3||4||5||6||7||8||9||10|
|11||12||13i||13ii||14||finale|
Schubert's Serenade

"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."
|1||2||3||4i||4ii||5i||5ii||6i||6ii||7|
|8i||8ii||9||9||10||11||finale|

IS THIS IT

Is this it?
I dunno the cause
The result
Nor the beat
Is it really it?
I dunno how nor when
Up? Low? In the gutter or glen?
Undecoded, mystery air?
Seems like near but not there
Without no cut or tear
All of sudden
The pain is too much to bear
The vain feels like a torturing lair
Is it really, really it?
One second chill the spine
The other, melted under the sunshine
Set tears and laughter on the same line
Possessing such powers that stop the time
Is this it?
He knows
And He will lead

.:hlovate:.
.:escapee:.
cool hit counter




rss feed



Sunday, April 24, 2005
Ked's Story~iv

        Ramainya la orang...Nawal mengeluh perlahan.Silap kira betul la!Patut jangan keluar time lunch macam nie.Barisan nak beli air pun panjang.Dah la dia antara yang paling last.Dekat nak lima belas minit beratur.Kalau tengah haus tahap Sahara mau dehydrated terus.Line pun bergerak macam kekura!Mamat di hadapannya kini sedang berjual beli dengan deck skateboard dibimbit di tangan kanan.Sempat dia menggeleng di dalam hati.Cemana la nak bawak tray air tu.Kang berterabur free je. Bibirnya melepas nafas lagi.Lamanya...Wawa sure dah tension tunggu.Dia tunduk merenung kasut sambil memetik jari tanpa sedar mengikut rentak Shaggy melagukan Angel.

         

          Mamat di hadapannya tiba-tiba mengundur beberapa tapak ke belakang tanpa berpaling.Refleks dia turut sama mengundur untuk mengelak dari dilibas deck skate yang kini dibimbit di bawah ketiak.Terasa kakinya dah terpijak kasut orang belakang.Tak sempat berpaling nak mengucap maaf pada si tuan punya kaki,deck si mamat skate dah melibas sikunya.Hampir tergolek gelas-gelas berisi di atas tray lelaki itu.Pantas lelaki itu berpaling ke arah Nawal.

         

          "Mata letak mana?!"

         

          Huh?!Keningnya terangkat sebelah merenung mamat skate di depannya.Mata lu letak mana?Terasa laju mulutnya nak melaser.Nawal berpaling sekilas pada orang belakang. "Uh..sorry..your kaki.."Pandangannya kembali menala ke depan. "Maaf,tak sengaja."Cool,Nawal..cool..Lepas bunga capoeira kat sini bukannya legal.

         

          Pandangan mamat skate itu mencerun.

         

          Nawal tenang selamba.Kalau capoeira illegal tengah public...Backhand ala-melatah boleh dikata sebagai tindakan di luar kawalan.Aku dah mintak maaf lagi mau jual mahal ke?Tengah-tengah bermonolog sensorang tu terasa lengan kanannya ditarik perlahan oleh orang belakang.

         

          "Apai,sorry."Tenang suara di belakangnya itu mencecah telinga.

         

          Rasa macam...kenal...Nawal berpaling teragak-agak.Kepala Alien Workshop di dada tee menyapa mata.Terpaksa sedikit mendongak ke atas.Bertembung dengan mata Ked Flop yang sedang merenungnya.Air liur dah rasa macam pasir tak boleh nak ditelan.

         

          Ked mengalih pandangannya ke arah Apai. "Sorry.My date.My bad."Terasa Nawal menarik lengan dari pegangannya dan dia hanya membiarkan.

         

          Apai menggeleng sambil sengih ikhlas."Ked...Kau nie pun...Cincai la member."Dia kembali merenung Nawal.Skeptic.Namun bibirnya mengulas senyum. Ikhlas."Apai,Decko Wacko."Ujarnya menghulur salam perkenalan. "Wrath?"

         

          Ek?!Salam perkenalan yang tidak kufahami formatnya.

         

         "Bukan Wrath."Ked yang menjawab bila melihat Nawal terdiam. "Nawal.Atiyah.My precious."

         

          Apai ketawa. "Blah dulu."Dia beralih pada Nawal. "See 'ya around."

         

          As if...

         

          ***   

 

          "Thanks."

         

          Tak sangka jumpa lagi.This ain't no kidding.Tak sangka jumpa lagi...Short notice!Gila...Baru semalam teringat.Hari nie jumpa depan mata."No hal."Memang dia nie suka pakai baju kurung.Kagum aku!Mata Ked masih merenung Nawal atas bawah.

         

          "Sorry.Pijak your Osiris."Nawal merenung Osiris Bern hitam di kaki Ked. "Nak kena ganti ke?"

         

          Ked sengih kelat.Foundation Deck Poptop Logo di tepi katil menerpa ingatannya.Jugak pada buku The Diet for the New Millennium: The Millennium Diet. By Dr. James Atkins with Mary Gotschall yang tak pernah gagal menarik senyum di bibirnya.Our jargon may be different.This is what I understand by James Atkins Diet.Hope you like the deck anyway.

         

          "Nak kena ganti ke?"Nawal mengulang dengan kening terangkat.

         

          Ked sekadar menarik senyum.Segaris.Tapi terasa manis terlebih gula.Tak pernah rasanya dia mengukir senyum begitu untuk insan bernama perempuan. "Hadiah.Nawal.Atiyah."Matanya merenung wajah gadis di hadapannya.Kepalanya dicondong ke kiri. "Tiga-tiga maksud sama."Condong ke kanan pulak. "Nur Nawal Atiyah Aini?"Aini..My precious.Entah kenapa laju kata itu meluncur dari bibir.Terlebih dose surf webpage kamus Arab semalam agaknya.

         

          Nawal mengangkat kening sebelah membalas renungan Ked.One hellagood shooter.

         

          "Betul?"

         

          Tak mengangguk.Tak menggeleng.

         

          "Jenuh I bukak kamus Arab-English-Melayu."

         

          "My date's waiting."Nawal mengalih pandangan dari wajah Ked ke tray di tangan.Kemudian ke arah meja di balik tiang.

         

          Ked angkat sebelah tangan yang masih free. "Sure.Sorry to keep him waiting."

         

          Free Wawa kena tukar jantina.

         

          Date...Ked hanya mengangguk.Takde rezeki nak sembang panjang.Dia turut menala pandangan ke arah meja.Tapi tak nampak siapa teman gadis itu di balik tiang.

         

          "Mintak diri dulu."

         

          Ked angguk.Masih memandang ke arah meja di balik tiang.

         

          Nawal dah melangkah.

         

          "Excuse me?"

         

          Nawal berpaling.

         

          "Nawal or Atiyah?" Don't tell me it's Maunah.Dia menyambung dalam hati.

         

          Nawal menarik senyum segaris. "Hadiah."

 

          ***

 

          Minn mengangkat kening.

         

          Ked menggendang meja dengan hujung jari tanpa sedar.Tongue-tied!Cakap terima kasih pun tak.Huh!Masalah Ked..Masalah!Speechless seketika bila tersedar yang beratur di hadapannya tadi gadis misteri bernama klasik tu.Hadiah?

         

          Apa ke hal Along nie muka macam fikir masalah negara.Berkerut-kerut dahi tu.

         

          "Along?"

         

          Ked mengangkat muka. "Orang perempuan suka apa?"

         

          Huh?!Rahang bawah Minn jatuh.Keningnya terangkat sebelah.Gila pekenama Along aku nie? "Orang perempuan suka apa?"Minn mengulang sepatah-sepatah.

         

          Angguk.Kepalanya sekali lagi menjengah ke arah hujung sebelah sana food court.Foundation Poptop Logo menari lagi depan mata.Dengan buku Atkins Diet lagi tu.Bibirnya menarik senyum tanpa sedar.Kinda sarcastic,yet a cute gesture.Mau beratus duit dia abis.Masuk shipping lagi tu.Mana dia dapat address rumah pun,hmm...musykil aku.88 kali aku tanya dalam kepala,88 kali aku jawab sendiri tak tau.

 

          "Orang perempuan suka apa?Quick.15 seconds."Wajah si adik di hadapan mata direnungnya.Sambil itu kepalanya cepat membuat calculation.

 

          Kening Minn terangkat sebelah. "Hell..lo..Along,silap channel or what?I'm a girl alright,but ain't a typical one to ask if you wanna know what girls love."Bibirnya perlahan-lahan mengukir sengih nakal. "And since when my Along asks questions about girls..."

 

          Hah!Got it!Ked Flop menarik sengih selamba. "I need your help.Dah habis makan kan?Jom blah."Dia dah bangun menarik tangan Minn sebelum sempat adiknya bersuara.

         

          ***

         

          Minn memejam celik mata beberapa kali.Apa dah jadi dengan Along nie...Handset di dalam saku jeans tiba-tiba berbunyi.

 

          "Angah,still there?"Suara Ked menerjah telinga sebelum sempat dia bersuara.

 

          Angguk. "Yes.Masih.Along kat mana nie?"

 

          "Coming your way."Tenang dia menutur sambil mengatur langkah.

 

          Minn merenung Ked yang sedang melangkah ke arahnya.Di tangan kiri abangnya terbuai paperbag kecil comel berwarna hitam.Huh?!

 

          "She's still there?"

 

          "Yup."

 

          "No guys?"

         

          "Nope."Minn memandang wajah Alongnya. "You ran away with the last of my monthly allowance,came back with..."Pandangannya jatuh pada paperbag di tangan Ked."Why on earth are you buying ladies perfume?!"

 

          "Orang berbudi kita berbahasa.Along tak nak in debt."Tenang Ked menutur sambil memandang ke arah meja yang diduduki dua orang gadis itu. "Sorry,Angah.I'll pay you back ASAP.Mana Along bawak duit banyak-banyak time nie."

 

          "Along nak bagi that girl?"

 

          "She's the one yang bagi Along the Poptop Logo."

 

          "Aa..the mysterious girl." Minn mengangkat kening sebelah. "Dun tell me you nak ayat that girl,Along..Since when nie?"

 

          Ked menjulingkan mata ke langit. "Angah...Along seniri pun tak kenal khatam?" Wajah Minn direnungnya. "Nie nak bayar hutang.Paham?"

 

          Minn sekadar menjungkit bahu.

 

          "Tunggu sini."Ked dah melangkah ke arah meja Nawal.

 

          ***

 

          "If I dunno better...."

 

          Wajah Nawal tak beriak.

 

          "...aku akan cakap kau baru je lepas ayat dengan romeo kelas satu."

 

          Nawal angkat muka. "Bukan romeo ke mamat tu?"

 

          Wawa geleng. "Damn sure he's not.No gf.Found girls' stuff messy.Found sexy girls freaky.His love is only for his decks and tricks."

 

          "Including tricks ayat awek?"Nawal sengih sumbing.

 

          Wawa menjulingkan mata. "Kalau betul nie tricks nak ayat awek,in the first place dia akan introduce nama dia secara proper,tanya nama kau,tanya kau dok mana,tanya kau punya phone number,or tinggalkan dia punya contact number.Got it?He's not interested in girls."

 

          Nawal ketawa. "Tak straight namanya tu."

 

          "Aku serius la.Area nie semua orang kenal Ked Flop."

 

          "Famous sangat ke mamat tu?"

 

          "Kinda.And his sis.Ed'Sassin.Another sis yang sorang lagi tak masuk skate. Eviena."Wawa mengacau guava juice dengan straw. "Love his sisters like hell.Stok mithali punya abang."

 

          Black Pearls.

         

          "Excuse me?"Tiba-tiba pemuda itu dah berdiri di tepi meja.Hampir terjatuh sudu dari tangan.

 

          Mata Nawal dan Wawa sama-sama bulat.

 

          Wajah Ked nyata tenang. "I kinda want to pulangkan barang you." Paperbag di tangannya diletak di atas meja. "Thank you for the deck anyway."Dia menarik senyum segaris sambil menapak ke belakang. "G'day."Telunjuknya menyentuh hujung cap in mock salute sebelum melangkah pergi.

 

          Gift set.Ngalahkan orang nak buat hantaran.Not a romeo,huh?

 

          "Speechless?"Wawa sengih mengusik. "Jadi tak kau nak balik US nie?Ke..kau nak stay Malaysia terus?"

 

          "Ada ke pulak...Flight lusa,tak nak balik...Apa kau ingat uni tu uni yayasan abah aku ke?"Nawal sengih selamba.Black Pearls...Talking about no cheapskater..Heavy blow ke kepala sampai tak dapat nak make sense.

 

          This aint much of a barter.But I hope it squares my Poptop Logo and language.    

          Regards,KedFlop.


Posted at 09:15 am by hlovate
Comments (17)  

Friday, April 22, 2005
Ked's Story~iii

          Rockafella Skank-Fatboy Slim memekak dari speaker.Haila mak oi....Aku alergic dengan A-Level bila masuk bab kena buat pre-reading nie!Dah sepatah pekemende aku tak tau mana nak paham?Shuvit betul!Tapi at least better dari setahun lebih yang sesia kat Academy.Konon nak go for Arts..Haila Ked...You can use pencils,pens and charcoal like ol’Tony using his deck.Tapi part kaler memang kau macam kera dapat watercolour.

         

          Handset di atas meja studi tiba-tiba menjerit dengan Skater’s Anthem.Dah ramai yang menyakat kata tak up-to-date letak lagu zaman Jepun.Peduli hapa aku! Janji aku bahagia.Malas dia mencapai handset.

         

          “Hmm...apahal dude?”

         

          “Petang nie kau turun tak?”Suara Miju laju menerjah telinga.

         

          “On..on..”Handset dikepit ke telinga dengan bahu sambil dia bangun dari meja studi. “Aku kena buat trick pekemende?Brief balik.”Langkahnya diatur ke night table di tepi katil.Laci dibuka mencari planner.

         

          “Kau bawak minimum 5 la.”

         

          “Backside melon,backside lipslide...”

         

          “Backside 180º Kickflip...”

         

          “Pekehal aku semua kena backside nie...”

         

          Ketawa Miju pecah. “Dah backside kau lawa.”

         

          Ketawa Ked turut pecah. “Gila ambiguous punya maksud...”

         

          “Ked,kau buat combo satu.”

         

          “Free?”

         

          “Freestyler oh..”

         

          “On.”

         

          “And dun forget kau punya tailspin.The one and only.Kalau tak,tak wujud Ked Flop.”

         

          “O~la,Hitler!”

         

          Talian dimatikan.Handsetnya dicampak ke katil.Sebelah tangannya mengurut leher sambil dia melangkah ke sudut bilik di mana deck-decknya bersusun.Pilih..pilih..nak bawak yang mana satu.Dia bersila di depan rak deck.

         

          Element Margera Ecology dicapai.Deck kesayangan.Dia mengukir senyum segaris.Bukan kerana ini deck yang pertama.Bukan kerana ini first love.Tapi sebab Angah yang hadiahkan.Angah yang belikan pakai duit sendiri sampai sanggup tak beli her dose of AND1 dan Tokyo Tribe sampai dekat setengah tahun.Hari nie Wrath showdown.Sideshow dah jemput budak-budak Bronx,Decko Wacko,dengan Ice rasanya.Nak hangkut deck mana satu nie.Nama clan kena jaga.Bukan setakat trick kena smooth.Gear and attire pun biar up to standard.Dia menggaru kepala.Memang la kau,Ked.Ngalahkan nak pilih date untuk prom night.Dia mencapai pula Blind Deck Hangman Mini.Cute angker!Dia ketawa sendiri tanpa sedar.Kemudian ditarik pula Hellrose Don Nguyen Banner ke riba.Classic coolio.Matanya jatuh pada deck yang last.Lambat-lambat ditariknya dari rak Hellrose James Atkins Diet yang satu tu.Dah banyak kali dah menjejak ramp dan rail.Bau spaghetti pun dah tak ketara sangat.Maunya tidak.Bergelen aku siram dengan Suave. Wheel,bearing,and truck..so far OK.Smooth.Tapi ada stain sikit.

         

          “Along!!”Kepala Minn tiba-tiba terjengul di pintu bilik yang tak tertutup. “You sneaky skater!”Dia mencebik.

         

          Ked berpaling. “Nie angin PMS pekenama nie.”Keningnya terangkat sebelah. “Storm bilik orang. Salam tak bagi.”

         

          Minn sengih.Dia melangkah masuk.

         

          Kening Ked kini terangkat dua-dua merenung adiknya.Jatuh ke kotak di tangan Minn yang terasa familiar. “Oh damn...”

         

          “Oh damn you...I should say.”

         

          “No...”Ked menggeleng. “Oh..damn..you...”Wajah Minn dipandangnya. “Beli deck baru tak bagi tau!”Matanya bulat.

         

          “O~la...Hell..Lo....”Minn menggeleng.Dia mengangkat kotak itu. “Receiver.Khalid Faizal Musa.Straight from Skate America.”Minn membaca. “Sneaky!Dia yang beli deck baru tak bagi tau.”

         

          Huh?!Rahang bawah Ked jatuh. “Bila masa Along beli?”

         

          “Kalau Along tak beli takkan sampai sini...”Kotak di tangannya itu dihulur.

         

          Ked menyambut.Wajahnya penuh bertanda question mark.Nama receiver.. Nama aku.Sender..Skate America.Tape dikoyak hati-hati.Flap kotak dibuka.Isinya melungsur keluar.

         

          “Holy smoke...”Mata Minn bulat.

         

          Ked hilang kata.Foundation Deck Poptop Logo.Complete assemble.Dia menterbalikkan skateboard itu.Dah siap dipasang wheel,truck dan bearing.Memang dah pasang siap.Bearing Element.Bones wheels.Phantom trucks.Oh man...

         

          “Along...”

         

          Ked mencapai kotak parcel itu.Saru lagi item melungsur keluar.The Diet for the New Millennium: The Millennium Diet. By Dr. James Atkins with Mary Gotschall.Bulat matanya merenung buku itu.What the...Sejak bila Skate America jual buku diet?!Buku hardcover itu dicapai lalu dibuka kulit buku keras itu.Pandangannya jatuh pada kad bertaip yang terlekat di mukasurat depan.

 

Our jargon may be different.This is what I understand by James Atkins Diet.Hope you like the deck anyway. Regards,Hadiah.

                                   

  ~Blind Deck                 ~Hellrose                  ~Foundation

Hangman Mini~       Don Nguyen Banner~         Poptop Logo~

 

          ***

         

          “Lucky bastard.”

         

          “Mind your language.”Bahu Fudge ditolak perlahan.

         

          “My bad...”Fudge angkat kedua belah tangan. “But lucky you!”

         

          “Kinda.”Ked menjungkit bahu.

         

          “Oh man...”Miju dah memegang kepala.“Complete assemble!Skate America! Foundation Poptop Logo some more!Bones for wheels and Phantom for trucks!Your fav!Creepy man...creepy...”

         

          Ked merenung jauh.Maunya tak freak aku out!Mana budak tu tau aku hardcore wheel Bones dengan truck Phantom?Mana dia tau nama aku?Mana dia tau alamat aku?Gila jeepy creepy...

         

          “Tapi macam best jugak apa.Kalau dapat awek macam tu.Petala ke lapan punya memahami bf sebagai sorang skater.”Miju sengih. “Gila...Foundation Poptop Logo comes knocking on your doorstep,man.”

 

          “But don’t forget the James Atkins Diet Book.”Am sengih.

 

          Ketawa pecah.

 

          Fudge,Am dan Rage berpandangan.Sengap je Ked apahal.

 

          “Teringat kat awek tu ke?”Bahu Ked diraih.Miju memandang Ked yang merenung jauh ke tengah ramp.

 

          “Bangang la tu,dude.”Datar dia menjawab. “Creepy freaky la awek tu.Entah mana dia dapat nama aku,address aku.”

 

          Angguk. “Agree.”Serentak yang lain menjawab.

 

          ***

          “He has it.”

         

          “He likes it then.”

 

          Kening double-jerk. “Thanks to me as your spy.”Wawa sengih.

 

          “Thank you,Matahari.”

 

          “No prob.Bising Apek dengan Klutz masa aku tanya tu.”Wawa memeluk tubuh sambil memandang ke tengah ramp di mana skater-skater sedang beraksi. “Jangan diorang kantoikan aku sudah.Kau takpe la boleh lari balik US.”

 

          Ketawa.

 

          Wajah si teman dipandangnya dengan hujung mata. “Tapi aku pelik jugak.Yang kau pergi perabis duit beli menatang tu kat dia buat apa?Siap dengan Atkins Diet Book lagi tu.”

         

          Jungkit bahu. “Kill his ego.”

 

          “Gila.”

 

          “Tone down his kerek sikit.”

 

          “Kau kenal dia ke?”

 

          “Tak.”Ketawa.

 

          “And you spend hundreds on him?Nak mampus?”

 

          Dia mengeluh perlahan. “Memang kepala masa tu macam tak betul.Balik rumah je ari tu aku tension abis.Rasa nak bagi je bunga capoeira bagi mulut dia bisu masa tu.Tak sedar je aku suruh kau buat survey pasal mamat tu.Malam tu jugak aku terus cari Skate America punya website.”

 

          “Under the stream of conciousness la nie...”

 

          Angguk. “Tapi tak boleh nak turn back dah.”

 

          Wawa menggeleng. “Nak buat macam mana benda dah jadi...”Bahu si teman diraihnya.Mereka berjalan meninggalkan ramp. “Tapi rugi la.Kalau kau spend untuk boyfriend ke...Boleh la jugak nak harap dapat something back in return.”

 

          “Ala...bukannya tak dapat anything langsung-langsung.”

 

          “Apa yang kau dapat?”Kening Wawa terangkat sebelah.

 

          Angkat kening double-jerk. “Haunted his life.”Dia sengih nakal.

 

          Ketawa mereka pecah serentak.

 

          ***

 

          Lampu bilik dah lama dimatikan.Yang menerangi malamnya kini hanya cahaya lampu dari meja studi.Ked bersila di atas katil.Matanya merenung kosong ke arah rak deck di sudut bilik.Foundation Poptop Logo yang masih berkilat itu mencuri pandangannya.Lady...Matanya jatuh pula pada The Diet for the New Millennium: The Millennium Diet. By Dr. James Atkins with Mary Gotschall di atas night-table.Dicapainya buku itu.Kulit keras itu dibukanya.

         

Our jargon may be different.This is what I understand by James Atkins Diet.Hope you like the deck anyway. Regards,Hadiah.

 

          Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum nipis segaris membaca kata-kata itu.

 

          Hadiah.Dia mengulang sepatah di dalam hati.Tak pernah aku dengar ada orang nama Hadiah.Ked menggosok batang hidung.Pandangannya menala pula pada laptop di atas meja studi.Hmm...Lambat-lambat dia bangun lalu melabuhkan diri di atas kerusi studi.Screensaver aksi Omar Hassan dihilangkan.Jemarinya mula berlari di atas keyboard.Otaknya berlari membuat equation.

 

          Search Web.English-Arabic Dictionary.

 

          Hadiah=Gift=Present.

 

          Cut the latter.Biasanya orang use gift as hadiah.

 

          Ked menaip ‘gift’ di dalam ruang search webpage dictionary.sakhr.com. Butang enter ditekan.Tanpa sedar dia menggendang palmrest menunggu.Page result keluar akhirnya.Matanya berlari meniti patah-patah kata Arab di hadapannya. Mencari yang mana valid untuk dijadikan nama kalau betul nama gadis tu semaksud dengan ‘hadiah’.Pandangannya terhenti.Atiyah.Berlari lagi.Nawal.Berlari lagi hingga ke hujung result.Dua tu je yang bunyi macam appropriate.Takkan nama budak tu Maunah kot.Memang la maksud sama.Ked merenung skrin.Nawal?Atiyah?Hadiah?

 

          Minggu lepas accident tragedy bila mana James Atkins Dietnya bersiram melon juice dan spaghetti sauce.Dan hari nie Foundation Poptop Logo datang ke depan pintu rumah sebagai ganti.Sarcastic gesture?Bloody mahal punya sarcastic gesture.Ked mengadah siling.Where’s the fire,lady?


Posted at 01:48 pm by hlovate
Comments (20)  

Thursday, April 21, 2005
Ked's Story~ii

          “Oh man...Atkins Diet aku!!!”Kedua belah tangannya dah memegang kepala. “Aaarrgghh!!!”Ked mengetap bibir menahan geram di petala ke lapan merenung deck yang dah bermandi watermelon juice dan bersiram sos spaghetti di atas pathway park.Deck baru...tak rasmi jejak ramp pun lagi!

         

          Keningnya terangkat sebelah dalam serba-salah.Atkins Diet?!Otaknya tak dapat nak register. “Err..awak..”

         

          Sejuk Ked..sejuk...Jangan kau buat scene kat sini.Tengah-tengah park nie.Jangan buat scene.Kalau nak cari fame buat scene skate je.Nak dikenali seantero dunia skate,libas deck je.Tak payah libas orang.Cool man..cool...Wajahnya tidak dialih dari Hellrose Deck James Atkins Diet yang dah macam Deck-plate Rojak Mamak Kuah Melon Juice.Fudge,Am,Rage dan Miju di belakangnya dah berpandangan. Aura reaktor nuklear bakal meletup kena bombard dengan Scud. Setenang air di kali,tapi kalau bab-bab deck,Ked Flop boleh mengamuk tahap ngeri!

         

          “Err..Awak.Saya minta maaf.”Lembut dan perlahan dia bersuara.Wajah pemuda di depannya kini nyata merah padam meski dilindung cap yang ditarik rendah.

         

          Ked Flop tak mengangkat pandangan dari hujung kain baju kurung di depannya.Lady,even kau perempuan sekalipun...nie brand-new Hellrose deck aku nie...James Atkins Diet pulak tu...Tertahan dia menarik nafas manahan dada yang rasa berbara.Dia menggeleng perlahan sambil tunduk mengambil decknya.Haila Atkins...Kena rojak kau hari nie.

         

          Ked mengangkat wajah.Tajam dan dingin pandangannya jatuh pada gadis di depannya.Keningnya terangkat sebelah.Kenal budak nie.Bukan member Apek ke?Pernah nampak kat Ruffey?

         

          “Kitorang..mintak maaf.”Gadis berbaju tee hanging putih dengan jeans biru dan rambut ikat ekor kuda itu teragak-agak bersuara.Orang cakap Ked Flop of Wrath cool sentiasa.Tapi kalau bab skate,mau datang temper dia sebab dia bercinta dengan deck je.

         

          Pandangannya beralih pada gadis berbaju kurung kuning air bertudung putih yang melanggarnya dengan picnic basket tadi.Kontra dengan gadis member Apek tu. “Even datang dari kampung ceruk mana pun,at least jalan tengok la kiri kanan.” Toneless dan datar Ked menutur.

         

          “We’re sorry,Ked.”Gadis ekor kuda itu yang menjawab perlahan.

         

          Wajah gadis berbaju kurung itu berubah riak sejak mendengar kata-kata Ked tadi.“Mana kau kenal dia nie?”Rendah suaranya bertanya pada si teman dengan mata masih berlaga dengan pandangan pemuda di hadapannya.

         

          “Sah bukan dari sini.Orang Felda memang tak kenal Wrath.”Ked masih lagi menjawab toneless.Geram yang ditahan hanya dilepas dalam bentuk ayat.Takkan nak libas minah baju kurung nie dengan Atkins rojak aku nie?Even silap-silap itu yang aku buat kalau logic tak kat kepala.

         

          Wajah gadis ekor kuda turut sama berubah riak.Pandangannya beralih bergilir dari wajah si teman ke wajah Ked yang masih tak turun level merah mukanya.

         

          Ked berpaling ke belakang. “Yok,gerak.Aku kena hantar Atkins pergi clean-up.”Tanpa sepatah kata lain dia terus melangkah melepasi gadis berdua itu.Masalah ada orang macam nie!

         

          “Excuse me?Mr.Ked?”Terdengar suara gadis berbaju kurung memanggil.

         

          Langkahnya termati tetapi dia tak berpaling.

         

          “Betul la I tak kenal you.Pasal dekat Florida tak pernah dengar nama your clan.Sorry about that.”Tenang dan selamba si gadis baju kurung menutur. “We only have Bruce Walker*.”

         

          Ked hanya menjeling ke belakang dengan hujung mata.Menyirap terasa darah ke muka.Damn you,lady.Tanpa sepatah kata lain dia terus melangkah pergi.

 

.

*Bruce Walker~the Godfather of Florida Skateboarding Scene,since the 70’s.The living legend.Can refer to his biography at

http://www.floridaskater.com/floridaskater%20bruce%20walker%20profile.htm

         

          Fudge,Am,Rage dan Miju masih belum bersuara dari tadi.Riak wajah Ked beku mengadap Joe yang sedang mencari plastic bristle dari tool-box.

         

          “Nie bukan Atkins diet nie.Nie dah heavy-menu.”Wajah keruh Ked dipandangnya sekilas. “Lepak la dude.Benda dah nak jadi nak buat macam mana.” Kain kering dicapai.Deck yang masih basah selepas disiram air itu dilap.

         

          “Atkins tu jumpa ramp pun belum.”Ked menyandar di kerusinya. “Dah nak kena servis?”Capnya ditarik dari kepala dan dicampak ke riba. “Silap-silap kena tukar bearing*.Buat perabih duit aku je.”Rengusnya perlahan. “Bau spaghetti lagi tak?”

         

          Joe ketawa menggeleng. “Ironi gila.Atkins Diet bau spaghetti.”

         

          “Bengong la tu.Aku tak terasa nak buat lawak pun sekarang nie.”Wajah gadis berbaju kurung tu menerjah ingatan.

         

          Betul la I tak kenal you.Pasal dekat Florida tak pernah dengar nama your clan.Sorry about that.We only have Bruce Walker.

         

          Damn cool and selamba.Tercalar ego aku.Bengong!Florida,huh?!Baju kurung pakai tudung. Florida?And even know who the heck is Bruce Walker?Tak click langsung!Jatuhkan air muka aku,lady.Jarinya dipetik-petik geram.Tapi kalau nak menangkan ego lelaki kau tu pun apa yang kau nak buat Ked?Slap her?Dayus namanya.Fire dia balik?Tak ke mana.Diam maybe the best option.Tapi terasa terpukul macam kena libas dengan lazor flip sedas kat kepala.Shuvit,girls!Bloody mess!

         

          “Tak sangka aku budak tu kenal Bruce Walker.”Rage menggosok dagu.

         

          “Really?”Kening Joe terangkat sebelah.Tangannya cekap memberus bearing sementara tangan sebelah lagi memegang hair-dryer. “Budak clan mana tu?Perempuan kan?”

         

          Fudge sengih kelat.Wajah Ked dipandangnya sekilas. “Ked kata budak Felda.”

         

          Zap!Melayang cap di riba ke kepala Fudge.Namun cekap temannya itu menangkap.

         

          “Mangkuk kau,Fudge.”

         

          Ketawa pecah.

         

          Kening Joe terangkat. “Macam interesting je.Budak clan Felda?”

         

          “Dia datang picnic dengan kawan dia kat park tu.Kawan dia tu rasanya budak area kita sebab kenal kitorang budak Wrath.Kawan dia tu kira OK la.Dress code normal.”Miju memutar wheel deck di riba.

         

          “Dah tu budak yang langgar Ked tu dress code Alien Workshop?”Joe mematikan hair-dryer.

         

          “Baju kurung...!Pakai tudung...!”Serentak Miju,Am,Rage dan Fudge menjawab berlagu.Serentak juga ketawa mereka pecah.

         

          “Woo..hoo...”Joe angkat kening double-jerk. “Aku tabik spring.I’m impressed. Even kenal Bruce Walker.Hah..ha..”Wajah Ked dipandangnya. “Felda mana?”

         

          Ked hanya menjulingkan mata. “Felda Florida kalau ikut kata dia.”

         

          “O~la.No wonder tau Bruce Walker.”

         

          “Gaya betul je Florida.”Ked bangun dari kerusinya lalu melangkah ke kaunter tempat Joe bekerja. “OK tak?”Pandangannya menala pada Atkins.

         

          “Ngalahkan bawak bini pergi pregnancy test.”Am mengadah siling sambil menggeleng.

         

          “Ked Flop....”Fudge,Rage dan Miju berpandangan sambil tersengih.

         

          Ked tak ambil pusing. “Ada prob karat tak?Gila...kena siram dengan melon juice.Spaghetti sauce lagi tu.Mau tak wassalam bearing,truck,dengan wheel.”

         

          “Oil selalu la.”Joe memutar wheel dengan hujung jari. “Bau spaghetti nie aku tak tau nak tolong cemana dah.Tak maunye hilang.Ada jugak trace.Sembur je la dengan perfume ke pekenama ke...”

         

          Ked mengeluh lanjut. “Atkins aku...”

__________________________________________________________________________________

 

*bearing-the lil’ metal thingy yg kinda control the spin of the wheel.If it aint spinning freely nemore,you might pun your ribcage or patela[kepala lutut] at stake.

*truck-not the Transformer’s truck yg gedabak tu.Basically it’s the thingy yg connect the wheels to the deck[papan skateboard tu].

 

 


Posted at 04:20 pm by hlovate
Comments (21)  

Wednesday, April 20, 2005
Ked's Story~i

      

         "Last shot!"

         

          Dia berlari anak mendaki tangga ke atas ramp.

         

          "On?!"Fudge menjerit dari bawah ramp.Decknya dah dibimbit di tangan kiri.Dadanya turun naik mencungap menarik nafas. "Try kasi libas 180º la!"

         

          Two thumbs up.

         

          Fudge turut menegakkan ibu jari.

         

          Vans sneakers di kaki kanan memijak tail deck di hujung ramp. "Rockafella!!!!!!"Wrath ramp bergema sebelum kaki kirinya turut memijak Element Margera Ecology kesayangan.Tubuhnya melayah ke udara dengan backside 180º kickflip.Spin full 180º.Landing with roll-away fakie...

         

          "Perfect!!"Miju dah berdiri bersorak.

         

          "Damn cool one,Ked."Sun berdiri bercekak pinggang.

         

          Fudge sengih. "Memang kau nak mampus.Trick tak pernah fail."

         

          Ked sekadar menjungkit bahu.Decknya dipijak melambung dengan kaki kanan sebelum tangan kanannya cekap menyambar. "Yok balik la.Dah petang macam apa je."Dia berpaling ke arah rail. "Angah!!"

         

          Minn tak angkat muka.Telinga berplug dengan headphone.Suara Rob Thomas memekak dengan Unwell.Leka melungsur membuat pop-shuvit dengan Hellrose Deck Burning Rose.

         

          Ked Flop mengadah langit.Tension aku cakap dengan orang pekak artificial nie!Dia berpaling ke sebelah. "Sun."

         

          Angguk faham.Ketawa.Hellrose Deck Skull dipijak melungsur ke tengah rail.Sambil lalu headphone wireless itu ditarik dari kepala Minn.

         

          "Hey!!Sun Jedi!!"Minn dah menjerit melihat Sun yang kini dah sampai ke hujung sebelah sana rail. "Skull nak kena bakar ke?!"

         

          "Wei Angah!!"Ked Flop melaung.

         

          Minn berpaling.

         

          "Balik la!!!"

         

          Minn tarik muka.

         

          Headphone kini tergantung depan mata.Minn menjeling ke kiri.Sun sengih. "Orang panggil tak dengar.Sebab tu la."

         

          Headphone disambar sebelum kaki kirinya menolak tanah melungsurkan deck.

         

               "Lain kali pakai hearing aid je."Ked Flop sengih mengejek. "Pekak badak."Tote bag adiknya dicapai dari tepi ramp.

         

          "Along la badak."

         

          Ked Flop hanya ketawa menjungkit bahu. "Badak badak Along pun,badak pandai buat trick."Bahu Minn diraihnya. "Badak hencem...badak tough...badak ader taste...badak cute..."

         

          "Dah mula gila la tu."

         

          Ked sekadar sengih.Dia berpaling pada yang lain. "Kitorang balik dulu la."Bahu Minn ditariknya ke arah parking lot.

         

          "Wei Ked!!Malam nie on tak?"

         

          Tangan kirinya diangkat dengan sign OK tanpa berpaling.

         

          ***

 

          Tubuhnya dilontar ke katil.Mak oi..penat!Bantal ditarik ke muka.Huaarrgghh!!!Ngantuk!

         

          "Along..."Suara mama menyapa.Terdengar pintu terkuak.

         

          Tak jawab.Anggap la aku tidur.

         

          "Along..dah Isya' ke belum nie?"

         

          "Nanti la.."Jawapannya muffled di bawah bantal.Tidur la kejap.Pukul 11 nanti nak keluar pergi Ghouls.Malam nie Clash of the Clan B-Dance.

         

          Mamanya menggeleng sambil bercekak pinggang.Kalau nak solat tu liat je.Lima kali solat,lima kali kena gertak. "Along,mama bakar deck tu satu-satu buat kayu api nanti.Hellrose tu betul-betul masuk api nanti."

         

          Zap.Automatik dia bangun macam belakang kena sengat kala. "Ala mama..Jangan la sampai nak bakar Hellrose baru tu..."Mukanya sememeh mintak kesian.Mama nie pun...Hellrose Deck James Atkins Diet tu baru je sampai minggu lepas dah nak bakar ke?

         

          "Pergi solat.Kata nak keluar.Nanti entah bila-bila balik.Subuh make sure dah kat rumah."

         

          Angguk dengan mata kelat. "Yes ma."

         

          "Kalau tak segala Blind dengan Element tu sekali mama bakar."

         

          "Kalau mama bakar Along punya,Along bakar Angah punya Girl Deck Carroll Horns To The Heavens tu."Dia menggumam mencebik.

         

          "Apa dia?"Mamanya yang dah nak melangkah keluar berpatah balik.

          "Tak..."Ked Flop dah bangun sambil menggosok mata dengan telunjuk. "Along nak solat la nie,tak nak terbakar dalam hell-horns,nak go straight to the heaven."Ujarnya sambil melangkah ke bilik air.

         

          "Buat main pulak dia."

         

          Ked hanya terkekeh ketawa sebelum menutup pintu bilik air.

           

               

               

          ~skateboard Minn~   ~Sun's~      ~CarrollHorns   ~Atkins Diet~

                                                                          ToHeaven~

 

*tp Ked Flop punya Element Margera Ecology tak jumpa la.Dah abis di pasaran agaknya.

_________________________

Buku Ogos 2009

www.jemariseni.com

Tiga Ceritera dalam sebuah Pelangi oleh Syud, Hlovate, Noor Suraya

 
pelangi-web

Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...

Ceritera I

PELANGI – SYUD

Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman.
Iman tak cantik macam pelangi...
Tapi,
Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...

Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?
                           

* * * *

Ceritera II

KED’S STORY – HLOVATE 

 Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA

Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker! 

kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?

* * * *

Ceritera III

RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA

Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?

“... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
“Semua orang bilang mas sangat pendiam.”
“... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.”

Gadis yang aku suka?

Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?                     

                                                                          -------------------------                           

ISBN: 978-967-5118-24-1
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos: RM20.00 
Dapatkan Pelangi di Pesta Buku Selangor mulai 24 Julai 2009 dan EFEST UIA mulai 23 Julai 2009 Cool



Posted at 03:33 am by hlovate
Comments (76)